Followers

Sunday 21 December 2014

Tahap pendidikan dan status dalam kalangan masyarakat elit India memberikan isteri sedikit perlindungan, berbanding dengan suami.



DENGAN cermin mata hitam penuh bergaya di atas kepala, kuku yang dicat warna terang dan memakai pakaian berjenama terkenal berwarna hitam, wanita yang duduk di sebuah kafe terkemuka di New Delhi, India itu tidak kelihatan seperti seorang isteri yang menjadi mangsa dera.
Ironinya, wanita berusia 37 tahun yang meminta namanya tidak disiarkan demi melindungi identiti diri dan anak-anaknya sebenarnya telah didera selama bertahun-tahun oleh suaminya, seorang peguam yang kaya.
"Dia mencekik, menampar dan meludah saya," kata ibu kepada dua orang anak yang tinggal di sebuah kawasan mewah.
Dia merupakan salah seorang daripada jutaan wanita India dari semua kasta kehidupan yang didera oleh suami masing-masing. Kaji selidik kerajaan terkini menunjukkan seorang daripada tiga wanita India menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Tahap pendidikan dan status dalam kalangan masyarakat elit India memberikannya hanya sedikit perlindungan, berbanding dengan suaminya yang mempunyai rangkaian hubungan dengan orang berpengaruh.
Selepas bertahun-tahun didera, dia menyeret suaminya ke mahkamah di bawah Akta Keganasan Domestik yang bertanggungjawab melindungi mangsa dera dan menjatuhkan hukuman berat kepada pendera. Malangnya, sehingga kini, akta itu tidak banyak membantunya.
"Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2006 itu tidak diambil serius. Banyak kes yang sama ditangguhkan, termasuklah kes ini," kata peguam wanita malang itu, K.K. Manan.
Pada tahun 2007, sebanyak 185,312 kes jenayah ke atas wanita telah dilaporkan, berbanding dengan 164,765 kes pada tahun sebelumnya. Kumpulan hak asasi menyatakan lebih banyak kes tidak dilaporkan.
Keganasan rumah tangga sudah lama menjadi tatapan masyarakat. Malah pihak media sering memaparkan kes-kes isteri dipukul kerana masalah mas kahwin, selain didera dan dibunuh, terutamanya di kawasan-kawasan penduduk miskin.
Kepesatan ekonomi India telah meningkatkan jumlah wanita yang berjaya dan berpengaruh. Mereka biasanya mempunyai kerjaya dan menikmati lebih banyak kebebasan berbanding dengan generasi ibu bapa. Golongan ini juga memakai pakaian barat, selain makan di restoran dan berhibur di bar serta kelab-kelab malam.
Perubahan ini kadangkala bertentangan dengan elemen-elemen kekangan yang kekal diamalkan secara meluas dalam masyarakat konservatif di India. Malah, dalam kalangan golongan atasan, kebebasan wanita boleh menjadi sangat terhad.
Akta keganasan rumah tangga digubal buat pertama kalinya untuk memberi perlindungan dan pampasan terhadap semua jenis penderaan di rumah, termasuk berbentuk fizikal, seksual, kata-kata, emosi atau ekonomi.
Misalnya, sebelum ini, suami tidak boleh didakwa atas tuduhan merogol isteri, melainkan isteri mereka berusia bawah 15 tahun. Undang-undang baru itu bermatlamat menjatuhkan hukuman dalam tempoh 60 hari selepas perbicaraan pertama.
Tetapi, selepas setahun kemudian, kes wanita teraniaya ini masih tertangguh. Awal Mac lalu, dia terpaksa tampil sekali di mahkamah khas wanita di New Delhi.


Dari bilik peguamnya yang sempit, dia berjalan melepasi barisan pekerja yang masih menggunakan mesin taip untuk menyiapkan kerja, sebelum memanjat anak-anak tangga yang kotor untuk masuk ke bilik mahkamah bagi membolehkan kesnya didengar.
"Wanita tidak dilindungi oleh akta ini. Semua wanita mangsa keganasan rumah tangga terpaksa melalui proses mahkamah yang panjang, selain yuran guaman yang sangat mahal. Di negara ini, semuanya mengenai wang dan kuasa. Anda boleh membeli sesiapa sahaja," ujarnya.
Sekali lagi, suami dan penasihat undang-undangnya tidak hadir di mahkamah. Namun, hakim tetap mendengar kes itu tanpa kehadiran mereka.
Pada bulan ini, dia masih menunggu kes untuk didengar sekali lagi. Biasanya, kes akan ditangguhkan sekiranya tertuduh tidak hadir di mahkamah.
Salah seorang daripada pasukan peguamnya memberitahu, tidak banyak hukuman dijatuhkan ke atas suami yang mendera. Kebanyakannya kerana penangguhan seperti ini.
Sikap acuh tidak acuh terhadap jenayah keganasan domestik di India tidak banyak berubah. Justeru, keadilannya masih samar-samar dan sukar dilaksanakan.
Kaji selidik terbaru yang dijalankan oleh kerajaan mendapati 54 peratus wanita, berbanding 51 peratus lelaki menyatakan memukul isteri dibolehkan dalam beberapa keadaan.
"Malah, masih wujud pegangan dalam masyarakat India bahawa wanita membuat laporan salah tentang masalah penderaan," jelas Manan.
"Stigma tetap timbul dalam kalangan janda dan wanita yang membuat laporan menentang keluarganya," kata Naib Pengerusi Pusat Pengajian Wanita, Kumud Sharma.
"Pandangan mengenai maruah, tidak boleh menentang keluarga atau ahli keluarga menghalang ramai wanita membuat laporan," tambahnya.
Salah seorang rakannya cuba untuk bercerai dengan suami yang suka mendera. Suaminya yang merupakan seorang pemaju hartanah kaya dikahwininya menerusi perkahwinan yang dirancang keluarga ketika dia berusia 19 tahun.
Apabila dia ingin meninggalkan suaminya selepas 11 tahun berdepan dengan penderaan fizikal dan tahu suami mempunyai hubungan sulit, keluarganya mengheretnya kembali ke pangkuan lelaki tersebut.
"Saya dipaksa masuk ke dalam kereta. Mereka mengunci saya di dalam bilik apabila sampai di rumahnya," katanya.
Wanita itu yang turut meminta namanya tidak didedahkan demi melindungi identiti diri dan anak perempuannya, akhirnya berjaya meninggalkan suaminya. Kesnya begitu lambat untuk diselesaikan kerana sistem itu disifatkannya sebagai 'perlahan seperti siput'.
Isteri-isteri mangsa penderaan itu memberitahu suami mereka yang kaya menggunakan wang dan pengaruh untuk melambat-lambatkan prosiding kes di mahkamah. Selain itu, rasuah menjadi satu helah yang paling biasa digunakan.
Wanita miskin paling menderita kerana mereka tidak mampu meninggalkan suami. Namun begitu, para aktivis menegaskan keganasan rumah tangga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kaya atau miskin. - Reuters


Berdasarkan artikel di atas, yang secara terang terangan menunjukkan bahawa kaum wanita dieksploitasikan dan dijadikan tempat melampiaskan nafsu amarah kaum lelaki khususnya suami mereka sendiri. Walaupun sistem perundangan telah memperuntukkan akta untuk keks-kes seperti ini namun pendidikan tentang isu ini amatlah kurang menjadikan hal ini masih berlaku dalam kalangan kaum wanita khususnya di India.

  • Dalam artikel 3 The Declaration of Human Rights (UDHR) yang menyatakan bahawa setiap orang insan berhak untuk hidup dan mendapat keselamatan. Tindakan mahkamah yang sengaja melengah-lengahkan kes serta tidak memandang serius perkara ini ternyata melanggar hak wanita untuk mendapatkan pembelaan.


  • Dalam artikel 25 (i) UDHR yang menyatakan bahawa setiap orang adalah berhak kepada satu taraf hidup yang memandai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya. Dalam kes di atas yang mana jelas menunjukkan bahawa kebanyakan kasta di India yang tidak memberikan kehidupan yang memadai bagi mereka terutamanya pada kaum wanita dari segi kebajikan mereka. Ramai yang didera namun tidak mampu mengambil peguam bagi kes mereka kerana upah guaman yang terlampau tinggi.
    Semua orang mempunyai hak untuk pendidikan. Pendidikan seharusnya percuma sekurang-kurangnya pada peringkat rendah.



  •  Dalam artikel 26(i) yang menyatakan pentingnya pendidikan untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat. Di dalam kes ini, masyarakat India yang mana majoritinya cetek pemikiran serta pendidikan dan tidak mengetahui tentang wujudnya hak-hak mereka. Mereka lebih memikirkan maruah yang terpaksa ditanggung jika mereka melaporkan kes kepada pihak mahkamah.

  • Dalam hukum nature, Allah SWT juga meminta kita untuk sama-sama melindungi kaum wanita. Kaum wanita ini lemah dan memerlukan perlindungan bukannya untuk didera dan disakiti.


Kredit artikel dari : Kosmo! online

Saturday 13 December 2014

Gay Marriage in Canada

Canada Lawmakers Craft Gay-Marriage Bill


TORONTO - The Canadian government introduced its contentious same-sex marriage bill in Parliament on Tuesday, seeking to legalize gay marriage nationwide over the objections of the Roman Catholic Church and other conservative clergy.

Justice Minister Irwin Cotler, upon introducing the bill, said the legislation reflected the spirit of Canadian rights and freedoms protected under the constitution.
"Canada is a land built on a tradition of equality and respect," Cotler said. "It is the responsibility of Parliament to ensure that minority rights are uniform across the country. The government cannot, and should not, pick and choose which rights they will defend and which rights they will ignore."
But the country is deeply divided on the issue, and the bill's passage was not assured.


The opposition Conservative Party said it would fight the legislation, which defines marriage as a civil union between two people, as opposed to the current definition of marriage between a man and a woman.
"Marriage is a historical union that has existed between a man and a woman. It has been recognized in that way by cultures across time," said Vic Toews of the Conservative Party.
Prime Minister Paul Martin, whose minority Liberal government drafted the legislation, defended the proposed bill on Tuesday.
"Canada is a country where minorities are protected," he said.

Martin has staked his leadership on the issue, saying he was prepared to call early elections to defend the right of homosexuals to marry.
He insisted a clause in the legislation reinforced a Supreme Court ruling in December that stipulates that no place of worship would be forced to perform gay unions against doctrine.
For passage, the bill needs approval from 154 members of the 308-seat House of Commons. It approved, Canada would join Belgium and the Netherlands as the only other countries to embrace same-sex marriage nationwide.
The debate is being watched closely in the United States, where a majority of Americans oppose gay marriage, according to an Associated Press-Ipsos poll taken in November, shortly after constitutional amendments in 11 states to ban same-sex marriage were approved.
Cotler noted that seven of Canada's 13 provinces and territories already allow marriage between gays and lesbians, and he said it was time to make the law uniform nationwide.


Roman Catholic Church groups have joined forces with other religious groups to defeat the legislation, with Quebec Archbishop Marc Cardinal Quellet saying the bill "threatens to unleash nothing less than cultural upheaval whose negative consequences are still impossible to predict."

The legislation will have to go to committee for study and it could take weeks, or even months, for a final vote.

Komen: 

  •    Artikel di atas tentang rang undang-undang di Kanada yang membenarkan perkahwinan sejenis; gay dan lebian biarpun dibantah oleh Gereja Roman Katolik dan golongan paderi konservatif. Kanada menyifatkan undang-undang ini sebagai satu kebebasan dan menggambarkan semangat hak Kanada.. Selain itu, mereka berpendapat bahawa seharusnya Parlimen menperjuangkan hak-hak minoriti.


  •    Hakikatnya, setakat ni banyak negara-negara maju mula membenarkan perkahwinan sejenis di dalam negara mereka atas alasan hak-hak individu untuk berkahwin denga siapa yang mereka suka. Setakat ini sahaja 14 buah negara telah membenarkan perkahwinan sejenis ini. Antaranya ialah Belanda, Afrika Selatan, Belgia, Sepanyol, Argentina, Kanada, Denmark dan lain-lain negara maju. Mereka ini yang menyunjung bahawa hak-hak individu khususnya hak-hak minoriti juga harus dipertahankan. Namun, sebenarnya hak-hak asasi ini perlu juga dikenakan sekatan supaya tidak melebihi batas-batas norma kehidupan. Selama ini, telah menjadi tradisi bahawa kesatuan melalui perkahwinan ialah berlaku diantara hubungan lelaki dan wanita dan bukannya sesame jenis.


·         Dalam The Universal Declarations of Human Rights (UDHR) dalam artikel 16 yang menyatakan bahawa ( 1 ) lelaki dan perempuan dewasa , tanpa mengira bangsa, kewarganegaraan atau ugama, berhak berkahwin dan menubuhkan keluarga . Mereka adalah berhak kepada hak-hak sama berhubung dengan perkahwinan , dalam tempoh masa perkahwinan dan pada pembubarannya, (2) perkahwinan boleh dilaksanakan hanya dengan persetujuan bebas dan sepenuhnya oleh pihak yang bercadang untuk berkahwin. Ini juga bermaksud mereka berhak berkahwin apabila telah dewasa dengan pilihan mereka sendiri. Dengan tertakluknya artikel 16 ini menyebabkan banyak negara maju  mula membenarkan perkahwinan sejenis ini. 
 
·         Amalan perkahwinan sejenis ini juga tidak dibenarkan di dalam mana-mana agama termasuklah Islam, Katolik dan Buddha. Mereka berpandangan bahawa ini bercanggah dengan ajaran masing-masing. Sikap keterbukaan dari negara-negara Barat ini mampu mempengaruhi nilai-nilai ketimuran di negara kita Malaysia. Kini, telah ada organisasi-organisai yang cuba memperjuangkan hak-hak minoriti berkaitan hal ini di Malaysia. Perkara ini seharusnya dibendung. Dan baru-baru ini Malaysia telah membenarkan lelaki berpakaian wanita. Ini sedikit sebanyak menunjuk betapa liberalnya perlembagaan Malaysia yang agama Islamnya adalah agama rasmi di Malaysia. 
 
 







Monday 1 December 2014

DAMAI YANG HILANG

DAMAI YANG HILANG

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil mengoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan
Anak-anak kecil mengoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan






Lagu “Damai Yang Hilang” membawa makna yang mendalam yang mana menceritakan tentang peperangan yang telah memusnahkan persaudaraan serta kasih sayang sesama manusia. Pendapat saya sendiri, yang merasakan peperangan ini lebih banyak buruknya dari baik. Melakukan segala bentuk kezaliman ke atas kaum yang lebih lemah. Menyerang orang awam yang tidak bersalah terutamanya kanak-kanak dan kaum wanita. Kanak-kanak kehilangan sebuah keluarga di usia yang kecil. Mereka hilang tempat bermanja,manakala para wanita hilang tempat bergantung harap. Peperangan telah menyebabkan nilai-nilai kemanusiaan telah hilang dalam diri mereka. Menyerang dan membunuh kaum yang lemah kerana tahta dunia. Anak-anak kehilangan tempat bergantung. Para isteri kehilangan suami dan tempat berlindung. Ketamadunan dan nilai peradaban mereka hilang akibat sifat tamak dalam diri 
mereka.






Baru-baru ini dunia digemparkan dengan berita Israel menyerang Palestin yang mana boleh dijadikan contoh kepada lirik lagu "Damai Yang Hilang". Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Israel dan Palestin boleh klik sini :sejarah Israel dan Palestin 
Banyak kekejaman yang telah dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat Gaza. Antaranya ialah rakyat-rakyat Gaza ini tidak dibenarkan untuk bergerak bebas satu tempat ke satu tempat yang lain kerana terdapat sekatan-sekatan yang dijalan oleh tentera Zionis yang kejam ini. Tindakan mereka ini telah pun melanggar The Universal of Declarations of Human Rights (UDHR) dalam artikel 13 yang mana menyatakan bahawa setiap orang atau setiap manusia berhak untuk bergerak bebas dan bermastautin di dalam sempadan sesebuah negara.


Selain itu, tindakan mereka yang menyerang penempatan orang awam hingga meragut ribuan nyawa orang awam tidak berdosa juga melanggar UDHR.  Dalam artikel 12 UDHR yang menyatakan tiada sesiapa pun boleh dikenakan gangguan sewenang-wenangnya terhadap keadaan peribadi, keluarga, rumahtangga atau surat-menyurat atau pencerobohan ke atas maruah dan nama baiknya. Setiap orang adalah berhak kepada perlindungan undang-undang terhadap gangguan atau pencerobohan sedemikian.







Peperangan ini juga meragut nyawa kanak-kanak dan wanita yang mana melanggar UDHR artikel 25 yang menyatakan ibu dan anak berhak mendapatkan jagaan serta bantuan khas. Tindakan Zionis yang membedil penempatan awam serta meragut nyawa ribuan manusia tidak berdosa sangat tidak berperikemanusiaan.





Sumber dari Google.




Tuesday 11 November 2014

London Bridge

Observation Deck menara Eiffel tower dengan lantai kaca dah dibuka untuk orang ramai. London Bridge pun nak lawan juga dengan membuat dek pejalan kaki dengan lantai kaca. Lantai kaca sepanjang 11 meter dengan pemandangan 42 meters kebawah. GAYAT. hehe .. Projek ini lantai kaca ini bersempenan umur London bridge  yang mencecah 120tahun yang menelan belanja GBP 1 Juta.


4 TEMPAT MENARIK


Hi...just nak share tempat yang memang aku aim nk pergi sangat2...dalam hati dah berangan-angan konon-konon nanti kawen nak p Maldives..hehe

1. Maldives
Pergh...yang ni memang nak pergi....sbb nampak cantik sangat air dia..jernih..


2.Korea
dah pernah pergi tapi tak pernah puas berjalan dekat korea. banyak benda lagi nak explore.


3.Istanbul
salah satu sebab aku suka sangat Istanbul ni sebab dia berada ditengah2 antara negara Eropah and negara Timur. Kebudayaan dia, makanan dia and tempat dia best hasil survey aku dulu. 


4.Singapore
Ini nak p jgk..sbb sj nak tahu jiran sebelah Malaysia ni mcm na..hihi






Dubu-dubu


Hi...Recently, aku p lunch dkt satu kedai Makanan Korea. Hati memang feeling-feeling lama dah nak makan ala kpop Korea, semua sebab aku memang minat korea...haha..  

 

Dubu Dubu Seoul Food cawangan Mid Valley






Ni antara main dishes yang ada dekat situ .. hmmmm sekali tengok memang kecur air liur kan .. 



This time aku pilih set Beef Bulgogi .. Nampak mengancam pulak tengok kepingan-kepingan daging yang banyak tue ..  




Sedapp.. memang sedapp .. 



Kalau korang nak try makan makanan Korea dekat Dubu Dubu nie , ataupun korang nak review pasal makanan and harga per set dekat sini , korang boleh go through dekat main website Dubu Dubu (google je..malas nak bg link).. belum cuba belum tahu .. hehe

Lirik Yang Terindah – Dakmie (OST Adamaya)


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah



*Ini lagu aku dan dia. I LOVE U