Followers

Tuesday 11 November 2014

London Bridge

Observation Deck menara Eiffel tower dengan lantai kaca dah dibuka untuk orang ramai. London Bridge pun nak lawan juga dengan membuat dek pejalan kaki dengan lantai kaca. Lantai kaca sepanjang 11 meter dengan pemandangan 42 meters kebawah. GAYAT. hehe .. Projek ini lantai kaca ini bersempenan umur London bridge  yang mencecah 120tahun yang menelan belanja GBP 1 Juta.


4 TEMPAT MENARIK


Hi...just nak share tempat yang memang aku aim nk pergi sangat2...dalam hati dah berangan-angan konon-konon nanti kawen nak p Maldives..hehe

1. Maldives
Pergh...yang ni memang nak pergi....sbb nampak cantik sangat air dia..jernih..


2.Korea
dah pernah pergi tapi tak pernah puas berjalan dekat korea. banyak benda lagi nak explore.


3.Istanbul
salah satu sebab aku suka sangat Istanbul ni sebab dia berada ditengah2 antara negara Eropah and negara Timur. Kebudayaan dia, makanan dia and tempat dia best hasil survey aku dulu. 


4.Singapore
Ini nak p jgk..sbb sj nak tahu jiran sebelah Malaysia ni mcm na..hihi






Dubu-dubu


Hi...Recently, aku p lunch dkt satu kedai Makanan Korea. Hati memang feeling-feeling lama dah nak makan ala kpop Korea, semua sebab aku memang minat korea...haha..  

 

Dubu Dubu Seoul Food cawangan Mid Valley






Ni antara main dishes yang ada dekat situ .. hmmmm sekali tengok memang kecur air liur kan .. 



This time aku pilih set Beef Bulgogi .. Nampak mengancam pulak tengok kepingan-kepingan daging yang banyak tue ..  




Sedapp.. memang sedapp .. 



Kalau korang nak try makan makanan Korea dekat Dubu Dubu nie , ataupun korang nak review pasal makanan and harga per set dekat sini , korang boleh go through dekat main website Dubu Dubu (google je..malas nak bg link).. belum cuba belum tahu .. hehe

Lirik Yang Terindah – Dakmie (OST Adamaya)


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah



*Ini lagu aku dan dia. I LOVE U

Wanita ungu

Wanita Ungu

Wanita perhiasan dunia ini
Bukan untuk dimiliki
Tapi untuk disayangi
Tersimpan disudut hati

Wanita ungu
Bertahun hatiku terluka
Tidak pernahku sangka
kamu insan yang membuka
Mengubati hati yang duka

Wanita ungu
Tidak pernah daku seberani ini
Hanya Allah yang mengerti
Bagi ku kalu layak memiliki
Kerna kamu pemilik hati

Wanita ungu
Akan ku pinang dengan bismillah
Maharnya murah hanya dengan as-sajadah
Membuat ku bersujud pada Allah
Kerna mengurniakkan daku wanita ungu yang sah

Nukilan Mr.Ash


http://aku-ash.blogspot.com/2014/03/wanita-ungu.html

Friday 7 November 2014

Mid Term Prinsip Perakaunan

Tak ada mood nak study malam ni. gap setiap paper pulak sangat lah panjang. haih. bab transfer credit sampai sekarang belum dengar khabar. now kena jawab mid term. dah week 8. final dah dekat. dah macam belajar satu sem jugak .

lepas bosan study, aku pun bukak kejap blog. nak kena submit URL blog ni dekat madam nanti. heheh . by the way, akaun ni tak ada lah susah. just kena paham konsep dan prinsip dia. hang x paham konsep, ke laut la nnt. doakan aku berjaya jawab mid term nanti.  *sambil tangan sibuk mengupdate blog *

malas malas study pun, bukak jugak notes untuk study. haih . mana boleh tak study. semester ni actually 3 ja subject core aku. makro, akaun, and math. yang lain semuanya citra. ada lagi satu subjek, APLIKASI KOMPUTER. itu sebab utama aku buat blog ni. aku sebenarnya bukan rajin meng'update' pasal aku. aku lebih suka membaca dari menulis.



actually CITRA ni wajib untuk semua student UKM. Citra ni tujuan and fokus utamanya untuk student ada soft skills lah selain dari pembelajaran dalam kelas. ada macam2 pilihan. Semester ni aku ambik Hak Asasi Manusia atau Hakam. Best belajar ni. Relax jugak aa kelas dia. Nanti aku rajin aku cerita pasal kelas ni. hehe KALAU. Selain itu, aku ambik jugak CITRA KOMPETENSI iaitu yang wajib diambil oleh semua pelajar UKM. Sem ni aku amik Asas Kepimpinan dan Komunikasi Efektif.



Wednesday 5 November 2014