Followers

Monday 1 December 2014

DAMAI YANG HILANG

DAMAI YANG HILANG

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil mengoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan
Anak-anak kecil mengoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan






Lagu “Damai Yang Hilang” membawa makna yang mendalam yang mana menceritakan tentang peperangan yang telah memusnahkan persaudaraan serta kasih sayang sesama manusia. Pendapat saya sendiri, yang merasakan peperangan ini lebih banyak buruknya dari baik. Melakukan segala bentuk kezaliman ke atas kaum yang lebih lemah. Menyerang orang awam yang tidak bersalah terutamanya kanak-kanak dan kaum wanita. Kanak-kanak kehilangan sebuah keluarga di usia yang kecil. Mereka hilang tempat bermanja,manakala para wanita hilang tempat bergantung harap. Peperangan telah menyebabkan nilai-nilai kemanusiaan telah hilang dalam diri mereka. Menyerang dan membunuh kaum yang lemah kerana tahta dunia. Anak-anak kehilangan tempat bergantung. Para isteri kehilangan suami dan tempat berlindung. Ketamadunan dan nilai peradaban mereka hilang akibat sifat tamak dalam diri 
mereka.






Baru-baru ini dunia digemparkan dengan berita Israel menyerang Palestin yang mana boleh dijadikan contoh kepada lirik lagu "Damai Yang Hilang". Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Israel dan Palestin boleh klik sini :sejarah Israel dan Palestin 
Banyak kekejaman yang telah dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat Gaza. Antaranya ialah rakyat-rakyat Gaza ini tidak dibenarkan untuk bergerak bebas satu tempat ke satu tempat yang lain kerana terdapat sekatan-sekatan yang dijalan oleh tentera Zionis yang kejam ini. Tindakan mereka ini telah pun melanggar The Universal of Declarations of Human Rights (UDHR) dalam artikel 13 yang mana menyatakan bahawa setiap orang atau setiap manusia berhak untuk bergerak bebas dan bermastautin di dalam sempadan sesebuah negara.


Selain itu, tindakan mereka yang menyerang penempatan orang awam hingga meragut ribuan nyawa orang awam tidak berdosa juga melanggar UDHR.  Dalam artikel 12 UDHR yang menyatakan tiada sesiapa pun boleh dikenakan gangguan sewenang-wenangnya terhadap keadaan peribadi, keluarga, rumahtangga atau surat-menyurat atau pencerobohan ke atas maruah dan nama baiknya. Setiap orang adalah berhak kepada perlindungan undang-undang terhadap gangguan atau pencerobohan sedemikian.







Peperangan ini juga meragut nyawa kanak-kanak dan wanita yang mana melanggar UDHR artikel 25 yang menyatakan ibu dan anak berhak mendapatkan jagaan serta bantuan khas. Tindakan Zionis yang membedil penempatan awam serta meragut nyawa ribuan manusia tidak berdosa sangat tidak berperikemanusiaan.





Sumber dari Google.




No comments:

Post a Comment